chat icon
Back to top

Soalan Lazim

Adakah perbezaan di antara Akaun Latihan dengan Akaun Sebenar?

Tidak, semuanya adalah sama, tetapi dengan Akaun Sebenar anda berjual beli dengan wang sebenar dan anda hendaklah menyedari risiko yang terlibat.

Apakah mata wang yang anda terima?

Dengan Trading 212 anda boleh membuka Akaun Sebenar dalam mata wang GBP, EUR dan USD. Kami menerima kad debit/kredit dan pembayaran bank dalam mata wang ini.

Adakah selamat untuk menghantar wang kepada anda?

Ya, ia selamat sepenuhnya. Kami adalah broker berlesen dan dikawal selia dan kami menyimpan semua wang pelanggan di dalam akaun bank yang berasingan. Tambahan pula, semua wang pelanggan dilindungi oleh skim pampasan mengikut pengawal selia kami.

Mengapakah anda memerlukan salinan kad pengenalan saya?

Sebagai broker FOREX berlesen, kami diwajibkan untuk mengenal pasti setiap pelanggan mengikut kad pengenalannya. Mempunyai pengenalan yang sewajarnya juga adalah demi keselamatan anda sendiri.

Adakah selamat untuk menghantar salinan kad pengenalan saya kepada anda?

Kami adalah pengawal data peribadi yang berlesen. Semua maklumat yang anda beri kepada kami dipastikan sulit dan hanya digunakan bagi tujuan pengenalan sahaja.

Apakah Nombor Pengenalan Cukai dan di manakah saya boleh mendapatinya?

Nombor Pengenalan Cukai (TIN) ialah nombor pengenalan yang digunakan bagi tujuan cukai.

Di sesetengah negara, TIN ditunjukkan pada dokumen pengenalan rasmi (seperti Kad Pengenalan, pasport, lesen memandu, dsb.) dan biasanya sepadan dengan nombor peribadi.

Sebagai contoh: Sepanyol (DNI); Belanda (Burgerservicenummer/BSN); Norway (Fødselsnummer atau D-nummer); Sweden (Personnummer); Poland (PESEL); Republik Czech (Rodné číslo); Romania (Cod Numeric Personal); Serbia (JMBG); Rusia (ИНН); China (公民身份号码).

Di negara-negara lain, TIN dikeluarkan secara khusus oleh institusi kerajaan yang menerima penyerahan borang penyata cukai. Dalam hal ini, TIN dikhususkan pada dokumen lain (seperti kad insurans kesihatan, borang penilaian cukai sivil, dsb.)

Contohnya: UK (National Insurance Number); Itali (Codice fiscale); Perancis (Numéro fiscal); Jerman (Steuernummer).

Sesetengah negara tidak mengeluarkan kepada pembayar cukai nombor pengenalan cukai. Pihak berkuasa cukai mereka menggunakan data lain untuk mengenal pasti pembayar cukai (seperti nama, tarikh lahir, alamat, jantina, dsb.)

Apakah saiz akaun minimum dan maksimum?

Akaun saiz minimum ialah EUR 39. Тiada had maksimum bagi deposit.

Bolehkah saya membuka lebih daripada satu akaun?

Ya, anda boleh membuka lebih daripada satu akaun.

Bolehkah saya menukar mata wang akaun Sebenar saya?

Untuk berbuat demikian, anda perlu membuka akaun baharu dalam mata wang yang dikehendaki dan kami akan menukar dan memindahkan dana anda. Untuk berbuat demikian, sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami dengan menggunakan butang Bual.

Bolehkah saya meneruskan berjual beli jika saya telah hilang kesemua wang dalam Akaun Latihan saya?

Ya, anda boleh memuatkan semula dengan menetapkan semula Akaun Latihan anda daripada menu “Tetapan”.

Adakah anda ada ramai pelanggan?

Ya, kami broker antarabangsa yang sedang berkembang dengan pesat dan ribuan pelanggan baharu menyertai kami pada setiap bulan.

Sudah bersedia untuk mula? Ia PERCUMA dan mengambil masa hanya 30 saat!

Niaga Mata Wang, Emas, Minyak dan CFD dalam pelayar anda.

Dapatkan Akaun Latihan $10 000 PERCUMA

CFD adalah produk berkeumpilan. Jual beli CFD mungkin tidak sesuai untuk semua orang dan boleh mengakibatkan kerugian yang melebihi deposit anda, jadi sila pastikan anda memahami risiko yang berkaitan dengan sepenuhnya. Baca lebih lanjut.

Trading 212 ialah nama dagangan Avus Capital UK Ltd., Avus Capital CY Ltd. dan Avus Capital Ltd.

Avus Capital UK Ltd. didaftarkan di England dan Wales (Nombor pendaftaran 8590005). Avus Capital UK Ltd. telah diberi kebenaran dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan (Nombor Pendaftaran 609146).

Avus Capital CY Ltd. didaftarkan di Cyprus (Nombor Pendaftaran 343308). Avus Capital CY Ltd. diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Cyprus (Nombor lesen 290/16).

Avus Capital Ltd. didaftarkan di Bulgaria (Nombor pendaftaran 201659500). Avus Capital Ltd. diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pemantauan Kewangan (Nombor pendaftaran RG-03-0237).

Maklumat di laman ini tidak ditujukan kepada penduduk Amerika Syarikat dan tidak dihasratkan untuk diedarkan kepada, atau digunakan oleh, mana-mana orang dalam mana-mana negara atau bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan seperti ini akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan setempat.

Amaran risiko