Back to top

Kenali dagangan FOREX

Apakah FOREX?

Pasaran Pertukaran Asing, juga dipanggil FOREX atau FX, ialah pasaran niaga mata wang global. Dengan volum harian lebih $5.3 trilion, ia pasaran kewangan yang terbesar dan paling menarik di dunia. Tidak kira sama ada anda menjual EUR 100 untuk membeli dolar AS di lapangan terbang atau melakukan pertukaran wang 100 juta dolar AS untuk yen Jepun dengan bank lain, kedua-duanya adalah urus niaga FOREX. Peserta pasaran FOREX berbeza-beza dari organisasi kewangan yang sangat besar, yang mengurus berbilion-bilion dolar, hinggalah ke individu yang berjual beli beberapa ratus dolar.

Masuk ke jual beli FOREX dalam talian

Syukurlah dengan adanya internet, anda boleh berjual beli dalam pasaran FOREX dalam cara yang sama dengan para peniaga daripada bank dan dana pelaburan terbesar.

Anda hanya memerlukan sebuah komputer dengan akses internet dan akaun jual beli dengan broker FOREX untuk mula berjual beli.

Bagaimanakah jual beli FOREX berfungsi?

Satu mata wang ditukar dengan yang lain dalam pasaran FOREX. Satu-satunya perkara yang paling penting dalam pasaran FOREX ialah kadar pertukaran di antara dua jenis mata wang (pasangan mata wang).

Anda mungkin telah melihatnya dalam berita:

Pasangan mata wangKadar pertukaran
EUR/USD1.4515
GBP/USD1.6430

Kadar pertukaran boleh bertukar dengan sangat cepat, kadangkala beberapa kali sesaat, justeru banyak yang berlaku dalam tempoh 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Secara am, kadar pertukaran mata wang adalah mencerminkan kesihatan ekonomi negara berkenaan. Jika ekonomi Eurozone lebih baik daripada ekonomi AS, euro akan naik berbanding dolar (EUR/USD ↑) dan sebaliknya.

Bagaimanakah anda membuat duit dalam pasaran FOREX

Ini satu contoh dagangan FOREX. Anda memutuskan untuk membeli 1 000 euro berbanding dolar AS. Kadar pertukaran EUR/USD yang anda boleh BELI pada ketika ini ialah 1.4500 jadi anda membayar $1 450.

Kemudian, kadar pertukaran EUR/USD yang boleh anda JUAL euro untuk mendapatkan dolar AS ialah 1.5500. Anda menjual €1 000 anda dan mendapat $1 550. Bermula dengan $1 450, anda kini ada $1 550 – anda telah mendapat keuntungan $100. Secara alternatif, kadar pertukaran EUR/USD yang boleh anda JUAL euro untuk mendapatkan dolar AS ialah 1.3500. Anda menjual €1 000 anda dan mendapat $1 350. Bermula dengan $1 450, anda kini ada $1 550 – anda kerugian $100.

Begitulah untung atau rugi wang dalam pasaran FOREX.

Tebaran

Jika anda melihat sebut harga FOREX pada platform niaga anda, anda akan mendapati terdapat 2 harga bagi setiap pasangan mata wang. Satu ialah harga beli, dirujuk sebagai "harga minta", dan yang satu lagi ialah harga jual, dirujuk sebagai "harga bida". Perbezaan antara kedua-dua harga ini dikenali sebagai tebaran. Harga minta sentiasa lebih tinggi daripada harga bida.

Pengumpilan

Jika broker FOREX anda menawarkan keumpilan 1:100, anda boleh berjual beli 100 kali ganda lebih daripada wang yang anda telah depositkan. Ini bermakna jika anda ingin membeli 100 000 EUR/USD anda hanya perlu ada EUR 1 000. Dengan keumpilan ini anda boleh mengambil kedudukan dengan nilai yang 100 kali lebih besar, menghasilkan untung atau rugi 100 kali ganda lebih besar, justeru anda perlu amat berhati-hati sewaktu melaksanakan jual beli.

Lakukan urus niaga FOREX anda yang pertama

Untuk bermula sila dapatkan Akaun Latihan PERCUMA dan log masuk. Kemudian pilih pasangan mata wang (contohnya EUR/USD), pilih kuantiti dan tekan butang BELI jika anda rasa nilai akan naik. Sekarang anda peniaga dalam pasaran yang digunakan oleh jutaan orang di seluruh dunia. Anda akan mendapat wang jika harga EUR/USD naik, dan rugi jika ia jatuh. Lihatlah untung atau rugi semasa anda dalam tetingkap kedudukan Terbuka. Anda boleh mengekalkan kedudukan ini selama yang anda mahu. Dan apabila anda tidak lagi mahu mengekalkan kedudukan anda, cuma tutup jual beli anda dengan menekan butang X dalam tetingkap Kedudukan Terbuka.

Niaga Panjang dan Singkat

Dalam contoh di atas, kami bertaruh bahawa EUR akan naik berbanding USD jadi kami membeli EUR/USD dengan harapan untuk menjualnya kemudian pada harga yang lebih tinggi. Ini dipanggil kedudukan panjang. Tetapi apa yang kami jangka ialah EUR akan jatuh berbanding USD? Jadi, anda lakukanlah yang sebaliknya - anda menjual EUR/USD, dengan jangkaan untuk membelinya dengan lebih murah pada masa akan datang. Niagaan singkat membolehkan anda meraih manfaat jika kadar pertukaran sedang jatuh.

Sudah bersedia untuk mula? Ia PERCUMA dan mengambil masa hanya 30 saat!

Niaga Mata Wang, Emas, Minyak dan CFD dalam pelayar anda.

Dapatkan Akaun Latihan $10 000 PERCUMA

CFD adalah produk berkeumpilan. Jual beli CFD mungkin tidak sesuai untuk semua orang dan boleh mengakibatkan kerugian yang melebihi deposit anda, jadi sila pastikan anda memahami risiko yang berkaitan dengan sepenuhnya. Baca lebih lanjut.

Trading 212 ialah nama dagangan Avus Capital UK Ltd., Avus Capital CY Ltd. dan Avus Capital Ltd.

Avus Capital UK Ltd. didaftarkan di England dan Wales (Nombor pendaftaran 8590005). Avus Capital UK Ltd. telah diberi kebenaran dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan (Nombor Pendaftaran 609146).

Avus Capital CY Ltd. didaftarkan di Cyprus (Nombor Pendaftaran 343308). Avus Capital CY Ltd. diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Cyprus (Nombor lesen 290/16).

Avus Capital Ltd. didaftarkan di Bulgaria (Nombor pendaftaran 201659500). Avus Capital Ltd. diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pemantauan Kewangan (Nombor pendaftaran RG-03-0237).

Maklumat di laman ini tidak ditujukan kepada penduduk Amerika Syarikat dan tidak dihasratkan untuk diedarkan kepada, atau digunakan oleh, mana-mana orang dalam mana-mana negara atau bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan seperti ini akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan setempat.

Amaran risiko