Back to top

Mengagregat berbanding Lindung Nilai

Apakah mod Lindung Nilai dan bagaimana ia berbeza daripada mod Mengagregat?
Mod Lindung Nilai ialah mod dagangan lanjutan yang membolehkan anda membuka beberapa kedudukan dengan instrumen yang sama. Setiap kedudukan dilaksanakan pada harga pasaran semasa dan dibuka sebagai kedudukan yang berbeza dalam platform Trading 212 PRO.

Sebaliknya, apabila berdagang dalam mod Mengagregat, anda hanya boleh membuka satu kedudukan dengan instrumen tertentu. Setiap kedudukan dengan instrumen ini ditambah kepada yang sebelumnya dan harganya dikira sebagai purata.
Trading 212
Apakah manfaat melindung nilai?

Pengurusan risiko adalah bahagian yang penting dalam strategi niaga anda dan melindung nilai adalah satu kaedah yang paling popular untuk mencapainya. Ia boleh digunakan untuk melindung kedudukan terbuka dan mengurangkan risiko pergerakan pasaran yang tidak memanfaatkan.

Apabila berdagang dalam mod Lindung Nilai, anda boleh membuka berbilang kedudukan, dengan instrumen yang sama, yang bererti anda boleh ada kedua-dua kedudukan panjang dan singkat dengan satu instrumen tertentu. Melindung nilai boleh meningkatkan pengurusan risiko. Mempunyai kedudukan yang berasingan membolehkan anda menambah kepada mana-mana kedudukan atau menutupnya secara separa untuk menjamin sebahagian daripada keuntungan anda dan mengehadkan kerugian.

Apakah itu mengira bersih?

Mengira bersih ialah menyatukan nilai-nilai dua atau lebih kedudukan untuk menghasilkan nilai tunggal. Pilihan mengira bersih disediakan hanya dalam mod Lindung Nilai dan anda tidak boleh menggunakannya apabila berdagang dalam mod Mengagregat. Manfaat utamanya ialah kemungkinan untuk menutup sebahagian atau sepenuhnya kedudukan tanpa perlu membayar tebaran dua kali. Dalam platform Trading 212 PRO, akan terdapat dua pilihan mengira bersih:

Penutupan tunggal mengikut (1) - Penutupan Tunggal mengikut pilihan membolehkan anda mengira bersih dua kedudukan dalam arah yang berbeza. Dengan mengira bersih kedudukan-kedudukan ini berbanding menutupnya secara berasingan, anda mempunyai tebaran bagi kuantiti yang dikira bersih ini.

Penutupan Berbilang (2) - Penutupan Berbilang menyatukan beberapa kedudukan terbuka dengan arah yang bertentangan. Dengan mengira bersih kedudukan-kedudukan ini berbanding menutupnya secara berasingan, anda mempunyai tebaran bagi kuantiti yang dikira bersih ini. Kedudukan terbuka terawal ditutup dahulu; harga pelaksanaan ialah harga kedudukan terkini.

Trading 212
Dua mod dagangan, satu platform

Daripada menu tetapan, anda boleh menukar mod, di antara mod Mengagregat dengan mod Lindung Nilai. Ingat bahawa pertukaran mod ini hanya boleh berlaku apabila tiada kedudukan terbuka semasa dan Pesanan Tertangguh.

Trading 212
Jadual perbandingan
Ciri-ciri
Khusus untuk Mod Lindung Nilai
Khusus untuk Mod Mengagregat
Membuka beberapa kedudukan bagi instrumen yang sama
Mengira Bersih
Pesanan Tertangguh Masuk
(Had/Henti, OCO,
Jika/Maka)
(Had/Henti, OCO,
Jika/Maka)
Pesanan Tertangguh Berkaitan
(Henti Ketinggalan,
Untung/Rugi)
(Henti Ketinggalan,
Untung/Rugi)
Menyongsangkan kedudukan

Sudah bersedia untuk mula? Ia PERCUMA dan mengambil masa hanya 30 saat!

Niaga Mata Wang, Emas, Minyak dan CFD dalam pelayar anda.

Dapatkan Akaun Latihan $10 000 PERCUMA

CFD adalah produk berkeumpilan. Jual beli CFD mungkin tidak sesuai untuk semua orang dan boleh mengakibatkan kerugian yang melebihi deposit anda, jadi sila pastikan anda memahami risiko yang berkaitan dengan sepenuhnya. Baca lebih lanjut.

Trading 212 ialah nama dagangan Avus Capital UK Ltd., Avus Capital CY Ltd. dan Avus Capital Ltd.

Avus Capital UK Ltd. didaftarkan di England dan Wales (Nombor pendaftaran 8590005). Avus Capital UK Ltd. telah diberi kebenaran dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan (Nombor Pendaftaran 609146).

Avus Capital CY Ltd. didaftarkan di Cyprus (Nombor Pendaftaran 343308). Avus Capital CY Ltd. diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Cyprus (Nombor lesen 290/16).

Avus Capital Ltd. didaftarkan di Bulgaria (Nombor pendaftaran 201659500). Avus Capital Ltd. diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pemantauan Kewangan (Nombor pendaftaran RG-03-0237).

Maklumat di laman ini tidak ditujukan kepada penduduk Amerika Syarikat dan tidak dihasratkan untuk diedarkan kepada, atau digunakan oleh, mana-mana orang dalam mana-mana negara atau bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan seperti ini akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan setempat.

Amaran risiko
Berbual dengan kami